Wednesday 7 November 2012

KISAH KEJAYAAN LEADER HEBAT JADI INSPIRASI.

Berkongsi Kejayaan









CDM AZLAN BIN DERAMAN & CDM SITI ROHANA BT YUSOFF

“PERJALANAN BERIBU-RIBU BATU BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA”
“UBAHLAH SIKAPMU, ANDA AKAN MENGUBAH DUNIA INI”
Walaupun bermula tanpa sokongan padu suami, CDM Siti Rohana tetap cekal dan
bersemangat kental dalam mengharungi cabaran bersama Hai-O Marketing.
Beliau percaya bahawa, untuk benar-benar layak digelar usahawan terhebat dan
disegani, beliau mestilah menjadi jaguh dalam bidang keusahawanan serta diakui sebagai
bukan calang-calang usahawan. Kejayaan akan menyusul hasil daripada kegigihan dan
kecekalan.

CDM Azlan yang pada mulanya tidak berminat untuk menceburi perniagaan jualan langsung,
memerhatikan sahaja penglibatan dan pengorbanan isterinya CDM Siti Rohana. Namun, setelah
diperkenalkan dan memahami sistem pemasaran yang dijelaskan oleh CDM Madon, beliau terus
mengorak langkah dengan berbekalkan pemikiran positif dan usaha yang tidak mengenal jemu.
Beliau gigih membina dan mengukuhkan kumpulan dan sangat komited untuk melahirkan
seramai mungkin rakan kongsi yang berjaya melalui proses duplikasi.

Beliau percaya bahawa setiap manusia mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu potensi dan
kehebatan yang tersembunyi. Keistimewaan ini mesti dicungkil dan digilap untuk menempa
kejayaan yang hebat dan cemerlang.

“Perjuangan kita hari ini menentukan kejayaan atau kegagalan kita hari esok.”
 Pasangan ini berasa cukup puas hati apabila melihat ramai rakan kongsi yang
pernah mereka bimbing berjaya dan terus cemerlang. Semangat kerja berpasukan
dan kejayaan yang dibina bersama kumpulan adalah tonggak pencapaian cemerlang
bagi pasangan CDM ini. Kejayaan yang mereka kecapi membuatkan mereka  tidak pernah
menyesal meninggalkan kerjaya yang selesa dan terjamin tidak lama dahulu.

Bukti yang jelas telah dibuat dan direalisasikan oleh beliu tiada sebab untuk kita takut
bersamanya. Realitikan impian besar kita bersamanya. Jom sertai saya untuk menjadi
seperti beliau. Saya telah mengorak langkah pertama. & ingin mengajak anda untuk
mengorak langkah lebih jauh bersama anda semua. Hubungi saya 019-3570086.

No comments:

Post a Comment