Thursday 7 February 2013

MAJLIS ANUGERAH SM-SSM 2012

Majlis Penganugerahan SM-SSM telah berlansung dengan gilang-gemilang di Dewan PGRM Cheras pada 20hb Januari 2013.
Alhamdulillah dapat bersama-sama meraikan majlis berprestij bersama rakan kongsi & sideline yang hadir. Semangat dari CDM sentiasa menbara. Kenangan terindah diraikan walaupun hanya pangkat SM-SSM. Tapi alhamdulillah, langkah pertama bermula untuk langkah seterusnya. Perjuangan baru bermula. warna-warni kehidupan semakin dirasai.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan peluang & platform yang betul bersama insan-insan positif & hebat.


Bersama Pink Mania Group B32 sememangnya cukup bertuah & dibayangi keinginan & impian yang sentiasa meluap-luap. Bimbingan tanpa jemu CDM Nor Azilawati Mat Zain (Kak Azie) memberi semangat luar biasa. Berusaha dalam kepayahan terasa tiada tekanan kerana dorongan & nasihat sentiasa bersama kami semua. Inilah sebahagian dari PMG yang sempat mengabadikan kenangan sebelum membawa haluan masing2.



Siapalah wanita tanpa tulang belakangnya. Inilah dia wajah kesayangan yang sentiasa memberi semangat tanpa jemu untuk terus kuat dalam perjuangan bersama PMG. Kepercayaan seorang suami memberi kekuatan kepada seorang isteri untuk terus menapak maju bersama Impian yang semakin subur.
Terima kasih sayang diatas segala nasihat, dan pengorbanan untuk terus kental  bersama PMG & Premium Beutiful. Kepercayaan suami tidak akan disia-siakan.
Demi untuk keluarga tercinta hati ini perlu kuat, sabar & berani. Masih ingat pesanan Kak Azi, kita tidak boleh merendah diri dalam berbisnes jika kita ingin terus maju kehadapan. Akan ku semat sampai kepenghujung kejayaan , InsyaAllah.


Setiap tuturkatanya begitu melekat dihati. Setiap pelukannya penuh kasih sayang persis seorang Ibu. Terima kasih Kak Azi atas kesabaran mendidik saya. Saya masih terlalu mentah dalam perjuangan PMG. Bimbinglah tangan ini sehingga suatu hari digeruni dan Gah bersama PMG. "CDM NIZA UMAR PMG" itulah impian bersama Kak Zie


Ayu Jamal...... Insan yang paling sabar & sentiasa ingin memberi sentuhannya. Tanpa diminta beliau sentiasa ada untuk jatuh bangun dalam memulakan bisnes ini. Kekuatan Ayu akan Kak Za jadikan Inspirasi. Terima kasih atas segalanya. Bersama Team Ayujamal sudah pasti berbunga Impian. Noraida Mustapha. Terima kasih atas segalanya.
Kita pasti akan bersama membina satu demi satu impian kita untuk keluaga & masa depan. semoga kita semua bersatu hati kerana "Saya sayang kamu semua"


Kepada teman-teman diluar sana yang ingin bersama kami. membina impian, membina masa depan yang lebih gemilang, membina jatidiri yang positif serta mewarnai dunia kita. Marilah kita bersama Premium Beutiful kerana bersamanya kita pasti menyinar. Kita tak perlu ubah dunia untuk berjaya, cukup sekadar kita ubah DUNIA KITA.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Impian kita milik kita .Tiada seorangpun yang mampu mencorakkannya.
SMS/Call 019-3540086
WhatsApp 018-3664007

No comments:

Post a Comment